Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru

kekadang terasa pedih dan ngilu bila mana mengenangkan nasib saudara kita yang diberhentikan kerja.entah apa sedang kalian lalui pada ketika ini. dengan bebanan yang semakin mencengkam , hutang,belanja anak ,isteri yang tidak bekerja.....ooh aku pasrah betapa aku kini dalam satu ketentuan allah tidak merasai derita itu...
dan seingat aku pada 16/mei setiap tahun adalah hari guru.Aku ingat itu sebab masa bersekolah dulu aku akan lalui hari itu bersama-sama cikgu ku.kami sama2 makan dan minum juadah yang kami pakat bawak dari rumah.Khas untuk meraikan guru kami.

Dan....hari bersejarah itu datang lagi pada tahun ini tetapi disambut pada 17/mei 2009. Selamat Hari Guru buat semua guru2 di malaysia.bakti mu dan jasa mu bukan dijanjikan didunia jika ikhlasmu ada bersama.Tetapi didunia kau tetap disanjung walaupun tidak sedemikian rupa.Percayalah wahai guru2 bahawa anda semua berada di jalan yang betul...teruskan menabur jasamu.Peduli tentang MyVi,Proton saga BLM dan terkini Exora menanti...kalian mudah diburu penjual2 kereta,insuran dan pelbagai lagi kerana kalian ada slip gaji dan tak akan lari...

tetapi harus diingat bahawa jujur dan ikhlas jangan biar berbaki...berikan sepenuhnya yang ada demi untuk agama,bangsa dan negara.

No comments: