Tuesday, May 26, 2009

Apa cerita dengan subjek ICT SPM...

subjek ict merupakan satu subjek elektif bagi pelajar spm.subjek ini pada mulanya agak menarik kerana diajar dalam bahasa melayu dengan nama Teknologi Maklumat pada sekitar tahun 2001-2002 dulu.Bermula pada tahun 2006 maka ianya telah ditukar ke ICT dan pengajaran nya dijalankan menggunakan bahasa inggeris sepenuhnya.Namun subjek ini masih lagi seronok dan diminati oleh kebanyakkan pelajar.
Namun semenjak dua menjak ni ianya menjadi muram pada guru-guru yang mengajarnya.Kenapa agaknya rungutan ini keluar dari guru2 pulak?..ceritanya begini...........
subjek ini ditadbir dibawah PBS iaitu pentaksiran berasaskan sekolah.maknanya subjek ini memerlukan pelajar dinilai atau kata lain ditaksir oleh guru yang mengajar akan practical session yang dijalankan.Pada asasnya subjek yang menjadi kegemaran pelajar ini semakin kurang 'ummmp'disebabkan terlalu banyak karenah yang hendak ditekankan dan akhirnya subjek ini sebagai subjek yang tidak berpijak ditanah ...
(hebat bunyi nya)yang pening adalah guru-guru yang mengajar.setiap kali taklimat yang dipanggil oleh LPM lain pulak formatnya.Buat persediaan elok2 tahun ini.tetiba tahun depan rombak dan tambah lagi format.Apa nie...?? ingat suka-suka ke nak ubah dan kalau ini diteruskan(idea JU ICT LPM...cikgu2 jugak pun)sampai bila subjek ini hendak dilihat kemantapannya???? asyik dok ubah setting kat control panel je...bila masa nak kita lihat kesan pada pelajar kita. Sekarang ni nak mantapkan subjek atau nak mantapkan pelajar. kalau subjek dapat 100% pun pelajar tak tahu apa salah siapa??? kat nabil...(lu pikir la sendiri)

No comments: